Kurma tangkai Algeria murah, segar sedap (stok baru!) Berat: ~5kg (12 kotak x 400g) Ships from Selangor
Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma. Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria. Ia juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran. Kurma diketahui mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia adalah sumber yang kaya dengan tenaga, yang terdiri dari 80% karbohidrat, dengan kanji dan gula seperti glukosa dan fruktosa. Walaupun dengan kandungan gula yang tinggi ini, ia adalah makanan dengan indeks glycemic yang rendah dan oleh itu sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis. Ia juga mengandungi asid amino penting dan tidak penting dan dengan itu adalah sumber protein yang baik. Ia mempunyai sedikit serat pemakanan yang laru dan tidak larut oleh itu ia dapat member manfaat kepada orang yang mengalami sembelit ringan. Kurma adalah sumber yang kaya dengan mineral dan garam, terutamanya kalium. Ia juga mengandungi natrium, kalsium, boron dan magnesium. Ia mengandungi vitamin seperti Vitamin A, Vitamin C dan vitamin B-kompleks niasin, tiamin, riboflavin dan asid folik. Ia telah terbukti mempunyai unsur yang mempunyai aktiviti antioksida dan anti-radang yang mungkin mempunyai manfaat yang berpotensi untuk rawatan penyakit kronik seperti penyakit jantung. Ia juga mungkin mempunyai kesan perlindungan kepada pelbagai organ badan seperti buah pinggan, otak dan sistem gastrousus. BENIH DAN KANDUNGAN BENIH Benih kurma juga diketahui mempunyai pelbagai mineral seperti kadmium dan klorida. Ia mempunyai unsur lain yang dianggap mempunyai aktiviti anti-radang dan anti-oksida.